http://www.thetapedeck.net/wp-content/uploads/2010/09/Just-the-Way-You-Are-ft.-Lupe-Fiasco.mp3

Tuesday, January 10, 2012

nasihat-menasihati sesama Islam..

":: Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian. ::"
— Ustaz Azhar Idrus

Kita sangat dianjurkan untuk nasihat menasihati dan beringat ingat sesama manusia. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada pencipta kita, Allah S.W.T. seperti mana dalam firman-Nya ::
Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“. (Surah al-Asr:3)
Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain… terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi… lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:
(1) “sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu…”
(2) “tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak…”
(3) “kau siapa nak nasihat aku…”
(4) “aku tak layan orang yang slow macam kau ni…”
(5) “kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja…”
(6) “kau ni cakap agama ni berapi-api… tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun..”
(7) “kau ni ada tauliah agama ke… pandai-pandai nak mengajar orang pula… nanti sesat lagi menyesatkan pula…”
Baiklah… biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan… pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:
-ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T
-sebagai tanda cintakan Nabi S.A.W
-untuk membantu diri sendiri
-manfaat bersama
Maka… kita seru kepada rakan-rakan… lebih-lebih lagi kepada diri kita sendiri… agar berusaha untuk menyampaikan kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu agak pahit untuk ditelan… dan marilah sama-sama kita bersangka baik kepada semua… sebab sangkaan buruk itu merupakan penyakit yang berbahaya…
Renungilah bait-bait di bawah ini…

Rutin

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

………
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
p/s: Tolong doakan kita agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di dunia lebih-lebih lagi di akhirat…
"Akhir-akhir ini juga kita lebih cenderung untuk berbalah dengan orang dan membalas kembali cercaan orang lain dengan kurang rasa sabar dan hikmah… sikap buruk sangka juga mula bercambah dalam jiwa… moga-moga dengan berkat doa semua… Allah permudahkan usaha kita untuk meninggalkan akhlak buruk ini… Amin…"
— Renungan

No comments: