MUTIARA KATA
Rasulullah SAW sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)
“Maka katakanlah: ”Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”" (Surah at-Taubah, 9:129)
P/S : Hatiku semakin tenang. Rasa kecewa pada mereka semakin kendur. Lega rasanya. Aman dan damai sedikit rasanya, alhamdulillah…moga DIA sentiasa menetapkan hatiku padaNYA, bukan pada makhluqNYA.
Mudah2an ia menjadi pengajaran dan peringatan buatku agar meletakkan kasih, sayang dan cinta semuanya untuk ALLAH. Kerana kasih, sayang dan cintakan ALLAH, takkan mengundang kecewa…
Terima kasih wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih kerana menegurku…