http://www.thetapedeck.net/wp-content/uploads/2010/09/Just-the-Way-You-Are-ft.-Lupe-Fiasco.mp3

Tuesday, January 10, 2012

nasihat-menasihati sesama Islam..

":: Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian. ::"
— Ustaz Azhar Idrus

Kita sangat dianjurkan untuk nasihat menasihati dan beringat ingat sesama manusia. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada pencipta kita, Allah S.W.T. seperti mana dalam firman-Nya ::
Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“. (Surah al-Asr:3)
Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain… terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi… lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:
(1) “sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu…”
(2) “tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak…”
(3) “kau siapa nak nasihat aku…”
(4) “aku tak layan orang yang slow macam kau ni…”
(5) “kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja…”
(6) “kau ni cakap agama ni berapi-api… tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun..”
(7) “kau ni ada tauliah agama ke… pandai-pandai nak mengajar orang pula… nanti sesat lagi menyesatkan pula…”
Baiklah… biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan… pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:
-ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T
-sebagai tanda cintakan Nabi S.A.W
-untuk membantu diri sendiri
-manfaat bersama
Maka… kita seru kepada rakan-rakan… lebih-lebih lagi kepada diri kita sendiri… agar berusaha untuk menyampaikan kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu agak pahit untuk ditelan… dan marilah sama-sama kita bersangka baik kepada semua… sebab sangkaan buruk itu merupakan penyakit yang berbahaya…
Renungilah bait-bait di bawah ini…

Rutin

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

………
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
p/s: Tolong doakan kita agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di dunia lebih-lebih lagi di akhirat…
"Akhir-akhir ini juga kita lebih cenderung untuk berbalah dengan orang dan membalas kembali cercaan orang lain dengan kurang rasa sabar dan hikmah… sikap buruk sangka juga mula bercambah dalam jiwa… moga-moga dengan berkat doa semua… Allah permudahkan usaha kita untuk meninggalkan akhlak buruk ini… Amin…"
— Renungan

Saturday, December 10, 2011

insan yg amat bermakna dlm hidupku..

awak..
sy tahu sy byk buat slh pada awak kan? sy tahu sy selfish dgn tinggalkan awk mcm tu.sptutnya kte kne tmpuh bsama. tp waktu tu sy buntu. sy tersepit antare kluarga dan awak. awak, maafkan sy wak. sy tahu awk xlalu mkn,sakit sume. sy tahu sy kejam buat awak mcm tu. maafkan sy... maafkan sy wak..
awak, 3-4 tahun kte knalkan wak. tlalu byk knangan antare kte b2. baling batu kat tasik biru,lombong,snoker,lepak dkt cc sama2,makan char keay teaw,mee hun kungfu,burger ba jang,nasi lemak mak,chicken chop,bowling,rantai,bantal,bear2,mak teh..hmm tlalu byk kenangan kan wak :''( org xpernah lupa wak wlaupun org jauh dr awk.
org xmampu nk syg siape2 lpas awk. syg org pd awk berbeze wak. tlalu byk wak kenangan antre kte b2.
awk,sy kembali utk tebus smue slh silap sy. ttp apbile sy tahu ape awk rse,sy jatuh tduduk wak.
mgkn sume ni org kne trima?slh org pd awk..
awk,jika sy jauh drpd awk,awk igt lah,sy tetap syg awk mcm dulu.tp sy tahu keadaan skrg dgn hadir org k3.
ye wak,sy hanya insan yg lemah wak.kdg2 sy tabah,kdg2 sy lemah juga wak.maafkan sy wak,org tidak setabah yg awk fikir :''( :''( :''(
sy mungkin mampu senyum,gmbire dpn awk,tp dlm hati,hanya Dia shj yg tahu.sbb itu lah sy mnges bila sy tgh drive. sy xmampu nk tahan lagi..maafkan sy krane mnges dpn awk..
p/s : Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die..Aku menangis keseorgan tiap2 mlm. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan dia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msg2 dia,gamba dia..hmm aku btul2 rase khlgan dia kali ni.aku tahu,aku hanya insan yg lemah..
di saat aku update blog ni, aku berulang2 kali dgr lagu ombak rindu..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

*tahu kenapa aku slalu ulang lagu ni?? secare jujurnya,aku maksudkan makna lagu ni.aku xmampu utk beritahu isi hati aku pd dia kerana dia tidak mcm dahulu lagi.dia xtrima ape aku ckp dan beri. jadi,aku hanya mampu smpkan melalui lagu shj. awak, ambil lah masa awk.. sy faham keadaan awk. tersepit antare dua. tp,jika awak sudah bersedia,cari lah sy semula dan beritahu lah segalanya. secare jujurnya sy tidak kuat dan tidak mampu jika kehadiran org lain dlm hidup awk. maafkan sy... tp yeyut syg, b tetap disini menunggu kehadiran abg semula sepenuhnya.. insyallah..
Ya Allah, tabahkan lah hati ku ini :'( tabahkan lah hati ku dan dia utk mnempuh dugaan Mu Ya Allah.amin..
menunggumu,ika...

 

ilyinfinity!believe me! :''(

Tuesday, December 6, 2011

Cantik Dipandang

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]


Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)  

Tuesday, November 29, 2011

30 november 2011, bandung,Indonesia

hey peeps,skrg ni aku kat airport bandung,husein sasteranegara international airport..
flight ktorg kul 3.45 waktu sini. tp ktorg smp 3 jam awl.seriusly bosan giler weyh kat sini. menunggu menunggu menunggu..
insyallah ktorg smp malaysia kul 6.50 waktu sane.. and nanti aku smbng lagi k. n you know what,kredit aku kne tolak rm5 lbh. huhu'
k guys! as'salam

Thursday, November 3, 2011

erkk =,=''

seronok sgt da smp rumah. heee 
rindu giler nk tgk tv, main game kua ngn member2.. rinduuu korgggg. heee
sok blh brek1st same2 hee
*x sodar diri. padahal demam. huhu
esok mama xkasi keluar cz demam sgt. sgt seronok kan! 
yee
skrg sgt sejuk. tp bdn panas. tahu tak betape siksanya nk mnggung. 
k la. nk out. kak na da bising nk gne lappy.
later on sy merepek kerepek kt sni lagi ye. heee
boii! :')

Wednesday, November 2, 2011

merepek kerepek.. hee

arini ari rabu!
esok ari kamis!
lusa ari jumaaatttt!! Hooyeehhhhh hoyehhhh!!
tahu sbb ape??
sbb nk keluar! tee heee :D
after kua tu, jmpe mama! hoyehhhhh!!
adek rindu mama sesangatttttttt!!
plus plus rindu kak perut n kak keding! *they are my sistas! haha
balik ari jumaat kan.. sekarang ni tgh pkir nk mkn mane malam tu. hee
seoul garden kat OU pn ok kan? hee
ok. rinduuuuuu giler nk mkn stemboat..
rindu masakan mama pn ad. tp mama da lame xmasak. mkn lua je tiap2 mlm.huhu
think3 ika! saturday nk pegi mane?? hee. *x sodar diri,padahal nk fnal mggu dpn.hee
ahad g berkelah.. wuhuuu. ok,ttbe teringat sg tekala n amer.hee *biar mnjadi rhsie :')
mggu dpn da strt final..final abez 22/11..  but than balek 25 kot..
26 aribln trus g jakarta. penat plak t kan.. huhu
christmas lak nk g sngapore.. hee *xsaba nk g sane cz nk shopping. tee hee
gold coast,sy x tahu,ikut ontot mama je.:)

*ok la, aku byk membebel kan. nk mandi.. nk msuk mgrb da. byoiiiii peeps! :')


*psst pssttt, dia bgtahu sy, dia nk jage sy baik2,dia syg sy..
utk awk : jgn sedih ye,sy sentiase ade dgn awk. jgn sedih,sy sentiase jge awk sorg shj. jgn risau, sy sentiase jage diri elok2. jgn risau, sy x nakal dgn boy lain. jgn risau,awk sentiase ad dlm hati sy. jgn sedih dan risau,sy syg awk sorg shj :') <3



<3 ika :')

Friday, October 28, 2011

SAHABAT : nasihat menasihati :')

Bilal bin Sa'ad berkata,
"Jika kamu melihat orang yang keras kepala, suka mendebat, bangga dengan pendapatnya sendiri, sungguh telah sempurna kerugiannya."
[Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin, Jilid 3, m/s 117 (al-Ma'rifah)]


+++

Jika yang dicintainya itu kemaksiatan, maka dia akan bersama dengan kemaksiatan.
Jika yang dicintainya itu kebaikan, maka dia akan bersama dengan kebaikan. 
Kita di mana?? *tepuk dada tanya selera.. :')


+++

“Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah, Allah malu jika ada seseorang yang menadahkan kedua tangan kepada-Nya, tapi kemudian menolaknya dengan tangan hampa” 
[HR Abu Daud, At-Tirmidhi, dan Ibn Majah]
+++
 terkadang kita merasakan diri ini perlu berubah.. tetapi, sayangnya ianya hanya perasaan.. perasaan.. tidak membawa makna apapun selagimana kita tidak meletakkan usaha untuk melakukan perubahan itu sendiri, dan mula berubah..

+++
Cukuplah. Mulakanlah perubahan dari dalam diri anda, kemudian di persekitaran anda.
Tiada istilah tidak mampu, dalam hendak berubah. Tiada istilah tidak kuat, dalam hendak berubah. Tiada istilah belum sampai seru, dalam hendak berubah. Tiada istilah tidak cukup ilmu, dalam hendak berubah.
Yang ada cuma,
MAHU atau TIDAK MAHU.
Kalau tidak mahu, maka kekal lah kamu duduk dalam keadaan yang indah dari mata pandangan nafsu di dunia ini, tetapi insya-Allah tidak di akhirat.


+++
Janganlah segan dengan mata manusia, tetapi seganlah dengan Allah SWT.
Janganlah malu dengan mata manusia, tetapi malulah kita dengan Allah SWT.

+++
Allah akan berikan kita pasangan, bila tiba saat yang di mana kita benar-benar memerlukannya. Bukan di saat kita menghendakinya.
Maka, bersiaplah untuk bercinta dengan manusia dengan percintaan dengan Allah SWT.
Mantapkan akhiratmu, mantapkan duniamu.
Paksikan cintamu, atas dasar keimanan kepada Pemilik Cinta Yang Satu.
+++
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
+++
Jangan hanya ketika susah baru mahu jadi islam. Jangan hanya ketika senang baru mahu menjadi islam. Jangan hanya ketika kita tua, baru mahu menjadi islam. Tetapi, islamlah secara keseluruhan. Dari sekarang, hingga kita menghadap Allah kelak.
+++
tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali air mata TAUBAT.
+++

setiap perkara perlu ada peringatan..dan setiap peringatan perlu ada pengajaran..dan setiap pengajaran perlu ada nya kesedaran..dan setiap kesedaran perlu ada keinsafan....fikir-fikirkan lah...
+++
Sekiranya dia jodohku, berikanlah petunjukMu dan peliharalah hubungan kami semoga sentiasa memperolehi keredhaanMu, jauhkanlah hubungan kami dari perkara² maksiat. namun sekiranya dia bukan jodohku, berikanlah juga petunjukmu, dan jauhkanlah dia dariku dengan cara yang baik dan menyenangkan hati kami masing², jauhilah kami dari kekecewaan dan kelukaan yang melampau hanya disebabkan kami tiada jodoh kerana kami yakin dan percaya, Kau sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaMu ya Allah..amin.
+++
bersederhanalah ketika bercinta karena kita tidak tahu jodoh kita.

+++
cintailah pasangan anda kerana Allah. Semoga masing2 akan sama2 menyintai Allah , sama2 bermatlamat yang satu, iman yang satu, dan dapat bersatu selamanya di bawah rahmat dan berkat dari Allah, insyaAllah.

+++
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
 +++




Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’”
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]